::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Thursday, January 20, 2011

kehaMbaan..

hamba..
seorang manusia yg tidak bebas hidupnya..
hanya mampu mendengar arahan tuannya..
sentiasa terikat pada tuannya..
hamba..

hanya..
hanya melakukan perkara yg disuruh tuannya..
tanpa sebarang bantahan disebaliknya..
kerana dia hanyalah hamba..
hanya..

namun..
namun kenapa manusia masih bebas berjalan..
masih bebas bersuka ria dan bersahaja..
masih alpa dengan dunia ciptaan Nya..
namun..

lupa..
lupa pada Tuan yg mencipta mereka..
pada Tuan yg memberi mereka nyawa..
pada Tuan yg melihat segalanya..
lupa..

hamba..
hamba yg lupa akan tuannya umpama hamba yg sombong..
ingkar akan tuannya umpama hamba yg khianat..
lari dari tuannya umpama hamba yg hina..
hamba..

kenang..
kenang akan nikmat yg dikurniakan Nya..
akan segala pemberian Nya..
segala keindahan Nya..
kenang..

bukan..
bukan diberi secara percuma kepada hamba Nya..
diberi untuk hamba patuh kepada Nya..
untuk tinggalkan larangan Nya..
bukan..

indah..
indah jika taat hanya kepada Nya..
jika cinta hanya kepada Nya..
jika rindu hanya kepada Nya..
indah..


hargai..
hargai nikmat dan kasih Nya..
hargai..

~insyallah~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~