::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Wednesday, April 20, 2011

Bicara Hati Seorang haMba~


 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم

Bicara Hati

Hati berdenyut lesu terasa
Dimamah masa diratah usia
Letih menggalas dosa dan noda
Tanpa sedikit penyesalan terhadap NYA

Hati yang kelam mula meronta
Terlalu lama dilandasan murka
Bibit-bibit dosa mula terbuka
Pintu penyesalan kembali menerpa

Hati berbisik cuba bekata
Cukup sudah berlumur dosa
Pintu taubat dicari semula
Meratap hanya keampunan NYA

Hati menangis tanpa suara
Seperti hilang nikmat berharga  
Taqwa merasuk ke dalam jiwa
Membuka ruang untuk kasih NYA

Hati kini tenang semula
Hilang resah segala gelora
Terasa cukup segala yang ada
Kerana ALLAH kembali bertakhta

~wslm~

nukilan: sAng Labu~  

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~