::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Saturday, April 2, 2011

Mencari ketenanGan

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِ

Assalamualaikum^^
Alhamdulillah sesungguhnya ALLAH itu amat dekat bagi hamba yang mengingati NYA. Tidak tenang rasanya apabila satu hari tidak menyebut nama dan mengagungkan kebesaran NYA. saya sedar akan perkara ini setelah kehilangan kehadiran NYA selama seminggu. cukup merana rasanya. langkah yang di ambil serba tidak kena dan perkara yang dilakukan serba tidak sempurna. jalan yang dipilih semakin jauh ke dalam. arah yang semakin menyimpang dan cahaya yang selama ini menyinar semakin malap. seperti menjadi buta dalam terang. kesalahan manusia dan hamba ini ialah dengan mengambil jalan pintas untuk menenangkan hati dan jiwa yang semakin jauh tersasar dari landasan. sedangkan diri ini tahu yang jalan pintas itu hanya akan dibimbing oleh hasutan syaitan dan dorongan nafsu semata-mata. namun,disebabkan iman yang hanya senipis kulit bawang diri ini terus hanyut dan terdorong ke arah kegelapan hati. semakin dalam dibawa semakin gelap dan semakin jauh dari cahaya NYA. demi ALLAH diri ini terasa semakin sunyi. ibadah hilang akan rasa kemanisannya. alunan al-quran hilang akan kemerduannya dan hati semakin meronta kehausan. namun diri ini masih mengisinya dengan jalan pintas yang di ambil. akhirnya diri ini semakin ketagih akan dunia yang ternyata sementara. seminggu yang umpama neraka menyemarakkan rasa gembira kepada musuh-musuh ku yang nyata lagi benar. diri ini hairan kerana terasa semakin sunyi dan kosong seolah-olah membentuk satu lohong di dalam hati yang semakin hitam ini. namun aku mula rindu akan suara hati yang selalu menyebut nama MU ya ALLAH. aku rasakan sudah terlalu jauh diri ini pergi dari MU ya ALLAH. terasa malu untuk menghadap sebagai hamba MU kerana aku ini terlalu hina ya ALLAH. mudah lupa akan janji-janji ku sewaktu aku mula di beri peluang melihat dunia. hati ini rindukan secebis ketenangan yang ENGKAU kurniakan ya ALLAH. teringat akan para rasul MU Sulaiman (a.s) yang mampu bersujud kepada MU sebagai hamba walaupun hari-harinya sibuk memimpin negara dan menguruskan makhluk-makhluk MU di dunia. rasul MU yaakub (a.s) yang masih mampu bersujud kepada MU walau ditimpa kesakitan yang tidak tertanggung. ya ALLAH aku malu kerana lalai dalam mengingati MU. sekian lama aku tidak menitiskan air mata kerana takutkan MU ya ALLAH. sekian lama aku gembira menikmati kurniaan MU tanpa sepatah kata syukur. ya ALLAH aku lupa ya ALLAH akan amaran MU tentang neraka yang amat pedih azabnya. hati ini terlalu asyik akan dunia sehingga masa untuk MU diri ini abaikan. ibadah hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. namun hari ini hati ini merintih akan kasih dan belas MU ya ALLAH. diri ini menitiskan air mata yang sekian lama kering kerana inginkan keampunan MU ya ALLAH. dosa-dosa yang semakin menggunung disebalik kebaikan yang semakin merudum. aku malu ya ALLAH mengenang hidup ini yang terlalu sia-sia diperlakukan. ya ALLAH terimalah aku kembali ya ALLAH. sesungguhnya aku mencari redha MU. kurniakanlah ketenangan hati kepada ku agar manis rasa nya ibadah kepada MU dan asyiknya bahasa al-quran MU ya ALLAH. terima kasih ya ALLAH. aku tenang setelah merintih kepada MU. hati ini terasa seperti dibelai dengan kasih MU. ENGKAU tetapkan lah hati ku ini hanya kepada MU ya ALLAH. cukup penderitaan ku tanpa kehadiran MU selama seminggu ini ya ALLAH. sesungguhnya hanya ENGKAU lah yang berhak disembah. hanya cinta MU lah yang mampu menenangkan hati ini. ketenangan MU amat berharga bagi hati-hati yang masih mencari ya ALLAH~
Alhamdulillah



~wsslm~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~