::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Saturday, May 14, 2011

Suara Qalbu~

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم




Hati ku...
Benarkah aku meletakkan akhirat sebagai tujuan utama.. Sedang dunialah yang lebih sering kau risaukan daripada kehidupan selepas mati ku?


Wahai diri ku... 
Bagaimanakah aku ingin menjadi tamu ALLAH yang mulia di akhirat.. Sedang di dunia aku tidak menyahuti dan mengabaikan seruan untuk menjadi tamu di rumah-NYA... 


Duhai jiwa...
Bagaimana aku ingin menepati masa ku dengan manusia.. Sedang masa ku dengan ALLAH yang lima itupun tidak aku tepati... 


Jiwa ku...
Bagaimana aku bisa bersedih hati ketika hajat ku di dunia tidak terpenuhi.. Sedang aku sadar bahawa ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku..


Diri ku..
Bagaimana aku bisa sibuk membicarakan kesalahan orang lain.. Sedangkan diri ku inilah yang lebih banyak kekurangan di banding manusia lain... 


Wahai hati...
Bagaimana aku mampu untuk bergelak tawa.. Sedang pada masa yang sama banyak saudara muslim ku yang sedang di hina...


Oh, jiwa yang tenang..
Bagaimana aku bisa merasa tenang dengan ilmu di dada.. Sedangkan akulah yang paling di murkai jika tidak mengamalkannya...


Duhai sanubari...
Bagaimana hati ini sudah tak lagi tersentuh apabila mendengar ayat suci Ilahi, sedangkan nyanyian yang melalaikan dari manusia lebih menyentuh hati ini...


Wahai qalbi...
Bagaimana aku mengubah diri ini, sedangkan aku sedar bahawa...
Diri ini hanya seorang hamba abdi.. Dari-MU..


Ya ILAHI...



~wslm~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~