::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Sunday, July 10, 2011

konsep syahadah~

 




Konsep syahadah



Konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan ke dalam kehidupan setiap orang Islam. Ini kerana penghayatan mendalam akan mengukuhkan keimanan dan kesedaran untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadah.


Tuntutan syahadah
1.      Dibuktikan dengan menunaikan rukun Islam iaitu solat lima waktu, zakat, puasa, dan haji.
2.      Menurut segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan Nya.
Fardhu syahadah
1.      Diikrarkan dengan lidah
2.      Ditasdiqkan dengan hati
Setiap syahadah itu hendaklah diakui terutama bagi orang bukan Islam yang baru memeluk Islam. Lidahnya hendaklah mengucapkan penyaksian itu sama ada dalam bahasa Arab atau dalam bahasanya sendiri dengan melafazkan:
aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”
Pengakuan dalam hati terserah kepada hati masing-masing dan ALLAH sahaja yang mengetahui segala-galanya. Islam hanya boleh mengukur yang zahir sahaja, ertinya apabila seseorang itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah maka dia telah pun dianggap sebagai seorang muslim.


Syarat sah syahadah


Oleh itu, apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dengan lidah itu. Dia hendaklah meninggalkan segala larangan ALLAH. Jika disebut sahaja tetapi tidak diamalkan maka tidaklah sah syahadahnya.


Syarat sah syahada ada empat:
1.      Diketahui
2.      Diikrarkan dengan lidah
3.      Ditasdiqkan dengan hati
4.      Diamalkan dengan anggota
Kesimpulannya, setiap orang yang telah melafazkan syhadah wajib mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan atau tegahan yang telah disyariatkan oleh ALLAH swt.

Perkara yang membatalkan syahadah seseorang (murtad)
1.      Sujud / tunduk keapda berhala secara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa
2.      Menghina atau memperkecilkan sesuatu yang dimuliakan agama seperti nama ALLAH yang mulia, sifat-sifat ALLAH, al-Quran, hadis Nabi saw, hokum syarak, rasul-rasul perintah serta larangan Nya dan sebagainya.
3.      Menugcapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. Atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikthiari (pilihan sendiri, bukan paksaan).
4.      Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya, begitu juga mengatakan yang haram itu halal. Firman ALLAH dalam surah al-baqarah ayat 217 yang bermaksud:
Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan kekal menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.

Dipetik : buku indahnya hidup bersyariat
Karya    : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azleen Ab. Hamid
Terbitan: telaga biru

2 comments:

acik said...
This comment has been removed by the author.
acik said...

Teruskan perjuanganmu=)

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~