::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Wednesday, August 10, 2011

Gaya berjalan Rasulullah saw^^

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم




Nabi Muhammad saw merupakan rasul terpilih, terhebat dan terakhir. ALLAH swt memuliakan akhlak baginda. Punya rupa yang gagah menawan. Tiada lagi nabi yang diutus dengan agama baru selepasnya.  Segala makhluk di langit dan di bumi turut berselawat kepada nabi Muhammad saw.
Sebagai penyuluh cahaya umat Islam, baginda adalah lelaki contoh dan idola yang sangat hebat serta mulia untuk diikuti. Banyak perkara yang sudah dicatat dan dimaktubkan di dalam sirah mengenai di baginda.Gaya  berjalan baginda turut disentuh bagi menyatakan rupa bentuk baginda.

Berjalan dengan tegap

Abu hurairah ra. Meriwayatkan “daku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih kacak daripada  baginda rasulullah saw. Cahaya dan seri wajahnya seolah-olah matahari itu sendiri memancar di mukanya. Dan daku tidak pernah melihat seorang pun yang terlebih lasak berjalan daripada baginda, seolah-olah bumi menggulung untuknya. Jika suatu ketika baginda di sini, sekejap lagi kelihatan baginda di sana. Walaupun ada ketikkanya baginda berjalan secara biasa, kami yang mengikuti baginda terpaksalah melangkah dengan susah payah( yakni berjalan dengan lebih lasak untuk bersamanya)

Langkah yang mantap bertenaga

Ibrahim ibn Muhammad  meriwayatkan bahawa “ ali k.r.w. menerangkan bahawa apabila rasulullah saw berjalan, baginda akan menjatuhkan langkahnya dengan mantap dan bertenaga.” Rasulullah saw tidak berjalan lenggang-lenggok seperti wanita. Daripada gaya berjalannya yang bertenaga dan lasak itu, baginda kelihatan seperti turun dari tempat yang tinggi.



mesti stylo care baginda berjalan^^...subhanallah~

sumber: majalah ANIS
 ~wslm~




No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~