::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Monday, January 9, 2012

AkU HaRaP AkU MaMpU CeRiaKaN DiA~

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم


aku sedar aku hanya mampu melihat dari jauh, ingin untuk mendekati namun bukan itu kemahuan hati yang sebenar kerna ku tahu hakikatnya hati itu tidak boleh disentuh oleh hati yang masih lagi tidak sempurna peribadinya. hati yang masih terkapai-kapai mencari identiti  ini. aku sedar hakikat kehidupan diri ini cukup rapuh dan mudah untuk jatuh. aku tidak mahu hati itu rosak kerna kerapuhan hati ini dalam mempertahankan haknya di hadapan ALLAH swt kelak. jadi aku hanya mampu melihat dari jauh kerna ianya cukup bagi menenangkan hati yang kadang sering mencerminkan dia. xmampu lelapkan mata bila ketahui yang kesedihan hati itu terluah. ingin ku dekati agar mampu aku hembuskan jauh-jauh kesedihan itu dengan angin tarbiyah tapi hakikatnya aku hanya mampu melihat dari jauh. bukan mengeluh tapi cuma kadang itu hati ini sering bertanya kepada iman, "bagaimana ingin kamu kongsikan ilmu mu untuk menjaga hati itu sedangkan kamu masih belum mampu menjaga hatimu sendiri? semakin jauh terasa pandanganku dari dia, bukan cuba untuk bersembunyi tapi hakikatnya hati ini masih belum bersedia.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu tentangKu, maka sesungguhnya Aku ini dekat..."
(al-baqarah : 186)

ya ALLAH aku tahu yang hati itu dalam keadaan lemah kerna dia cukup rapuh ya ALLAH. aku memohon pada Mu agar balutilah hati itu dengan kasih Mu dan berilah kekuatan kepadanya untuk berjalan di atas jalan Mu ya ALLAH. Engkau jagalah hati itu kerna hanya Engkau yang lebih mengetahuinya. aku bermohon ya ALLAH agar tenang aku melihat senyuman dia tanpa keresahan di hati. amin~

:: AkU HaRaP AkU MaMpU CeRiaKaN DiA ::

2 comments:

AMAD said...

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21)

Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49

Unknown said...

"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." Surah al-Baqarah (2:186)

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~