::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Tuesday, March 13, 2012

Dia selamanya~

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم



suatu hari yang di mana aku mengalami suatu peristiwa yang amat menggoyahkan hati mana-mana manusia yang bergelar pelajar. permulaan yang amat baik namun kejatuhan yang amat pedih. "Ya Allah! kenapa harus sampai begini.........bagaimana akan aku tempuhi hari-hari mendatang dengan keadaan ini Ya Allah!"


jernih air mata yang mengalir di dalam hati seperti tiada kesudahannya, benar tidak terlihat dari luar yang dikaburi dengan satu senyuman menyatakan " im okay". kesudahannya hati ini lalai dan semakin jauh tersasar pergi meninggalkan cita-cita yang dahulunya ingin membantu meringankan beban ibu dan ayah.



"haiz..."keluh suara hati, "ke mana hendak kau bawa diri ini wahai teman, sudah terlalu jauh kau pergi tanpa tujuan. Sesungguhnya ada yang masih bersamamu yang sentiasa ada dihati mu tanpa kau sedari Dia sentiasa menjagamu lihatlah ke dalam hatimu ini wahai teman, carilah Dia yang sentiasa menemanimu dikala kau berduka dan gembira.Tenangkanlah hatimu ini kerana ketenangan itu adalah cahaya kepada hati dan berhentilah menangis kerana Dia ada bersamamu."



tanpa diminta air mata mengalir membasahi pipi ini seperti hujan yang membasahi bumi." Ya Allah, aku lupa pada Mu. Kau sering disisi aku walau aku dalam kealpaan, menjaga aku tika aku dalam keresahan namun aku sering lupa pada Mu Ya Allah. maafkan aku."


~wasalam~

 

2 comments:

Sahabat Istiqamah said...

ya Allah..kuatkan hati hambaMU ini..Allah yubarik fik!!

Unknown said...

Amin...!

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~