سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم
assalamualaikum...........................................................................::
seindah mata memandang hari-hari yang penuh dengan sinar Ilahi..
aku melihat tiada cahaya yang lebih terang selain Nya. namun bayang pasti akan muncul jika cahaya menjelma, bayang yang sentiasa berusaha untuk lebih menonjol agar diberikan perhatian. membutakan mata manusia yang melihat, yang mencari, yang masih membezakan realiti dan ilusi.
bayang yang hakikatnya hanya menarik hati-hati jauh daripada cahaya. diisi dengan kegembiraan sementara seperti akan tiada sudahnya. cinta, kasih sayang, suka, riang, gembira, bahagia yang sebenarnya hanya menumbuhkan titik-titik hitam di dalam hati yang terpesona.
luaskan pandanganmu..
jelaskan pendengaranmu..
lantangkan suaramu..
tajamkan fikiranmu..
tabahkan hatimu..
kuatkan sabarmu..
tingkatkan azammu..
jika itu yang diperlukan untuk mencapai cahaya yang sebenar kerana bayang itu sangat cinta akan manusia yang mudah hilang arahnya dan cahaya itu hanyalah kurnia bagi mereka yang sedih, menangis, kecewa, sengsara, derita kerana mengejarnya.
"KETAHUILAH CAHAYA ITU AKAN SELAMANYA BERSINAR DAN BAYANG ITU AKAN SELAMANYA MALAP"
~wasalam~

No comments:
Post a Comment