::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Monday, March 17, 2014

Forgiveness

 السلام عليكم

Terbangun dari tidur yang agak lena kerana kepenatan berpuasa oleh deruman angin kencang yang membawa bersama titis-titis air dari langit. Sungguh hujan yang sangat lebat melimpahi bumi Allah barakah solat dan doa mukmin yang meminta Sang Pencipta rahmat dan kasih sayang Nya. Alhamdulillah sujud syukur ku memuji keagungan Allah swt atas sifat pemurah Nya pada hamba yang bedosa ini.

Angin sejuk menerpa liang-liang kulit yang memberi suatu perasaan seperti kasih Nya memeluk diri di saat aku amat memerlukannya. Terpanar diri melihat kebesaran Allah saat hujan yang begitu lebat mampu membawa kepada kebaikan dan juga bencana pada makhluk kerdil bergelar manusia hanya atas kehendak Dia yang menguasai setiap sesuatu. Benar sesungguhnya aku ini amatlah tidak bermanfaat di mata Nya..Ampunkan aku Ya Allah, setiap nafasku adalah hak Mu dan aku tiada daya selain rahmat dari Mu.

Berbisik hati kecil akan dosa-dosa hitam yang semakin menjalar melalui nafsu menerusi segenap anggota diri. Hinanya aku yang sering ingkar namun sering meminta dari Nya tanpa peduli akan amarah Nya yang sedang menanti di duina dan akhirat. Menangislah wahai hati sementara rohmu masih bersama jasad kerana kematian mungkin dihujung persimpangan yang bakal kamu lewati.

~wassalam~



Nukilan Sang Labu

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~