سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم
hari pertama aku melihat dunia..
terang..bising..asing..
aku menangis kerana terasa asing sekali..
aku menangis kerana dunia cukup berbeza..
aku menangis kerana perasaan takut..
mampukah aku menunaikan janji-janji ku pada NYA..?
hari pertama aku berjalan di atas dunia..
keras..luas..bebas..
aku gembira kerana terasa bebas..
aku gembira kerana dunia sungguh luas terbentang..
aku gembira kerana mampu meneroka..
akan aku tunaikan janji-janji ku pada NYA..
hari pertama aku mempunyai kawan di dunia..
kekok..seronok..terjalin..
aku senang kerana ukhuwah terjalin..
aku senang kerana berteman..
aku senang kerana mampu berhubung..
teman untuk membantu menunaikan janji-janji pada NYA..
hari pertama aku mengenal dunia..
meriah..sesak..gelap..godaan..
aku lalai kerana godaan..
aku lalai kerana mengejar fatamorgana..
aku lalai kerana lupa hidup sementara..
semakin menyimpang daripada janji-janji ku pada NYA..
hari pertama aku diduga di dunia..
berat..sedih..lelah..
aku jatuh kerana terlalu lelah..
aku jatuh kerana terlalu angkuh..
aku jatuh kerana terlalu rapuh..
lupa akan janji-janji ku pada NYA..
hari pertama aku mengenal ALLAH di dunia..
sebak..lemah..hina..
aku menangis kerana terlalu hina..
aku menangis kerana terlalu leka..
aku menangis kerana penuh dosa..
masihkah mampu aku tunaikan janji-janji ku pada NYA..?
hari pertama aku tenang di dunia..
lapang..harmoni..nikmat..
aku senyum kerana sungguh nikmat..
aku senyum kerana masih berpeluang..
aku senyum kerana masih mampu..
masih ada peluang menunaikan janji-janji pada NYA..
ya ALLAH
terima kasih kerana memberi aku peluang..
agar aku mampu penuhi janji-janji ku pada MU..
terima kasih kerana masih melihat aku..
agar aku terus mengharapkan MU..
terima kasih kerana kasih kan aku..
agar aku sentiasa merindui MU..
amin..
~wslm~

No comments:
Post a Comment