::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Saturday, April 30, 2011

Wujudnya Dari luBuk haTi~

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم

Menarik setiap deria dalam melihat erti kasih dan sayang..
Hadirnya tidak diminta..
Datangnya tidak dipinta..
Kesannya cukup terasa..
Tumbuh segar dalam segenap penjuru hati..
Sentiasa dahagakan perhatian..
Sentiasa memerlukan teman..
Dibentuknya daripada tadahan doa kepada ILAHI..
Disemainya dengan baja kasih daripada ILAHI..
Disiramnya dengan air rahmat daripada ILAHI..
Dijaganya dengan perhatian cinta daripada ILAHI..
Dihiasnya dengan taman barakah daripada ILAHI..
Agar sentiasa mekar mewangi harumannya..
Agar bersedia menerima tetamu yang telah ditentukan NYA..


Ya ALLAH jika aku jatuh cinta,
 cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada MU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai MU.

~wslm~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~