::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Wednesday, April 6, 2011

Perkara yang menambahkan iman^^


1-Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut kepada amaran Allah SWT, sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT.


2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah imannya.
Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehendak Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran.


3-Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan(sirah) Rasulullah SAW.

4-Berfikir kepada kejadian atau penciptaan Allah SWT yang amat unik, sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada Allah SWT.


5-Memperbanyakkan solat-solat sunat dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu.


6-Mendekati Allah SWT melalui perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan Allah SWT seperti perkara-perkara maksiat, perkara mngurangkan iman, mendengar nyanyian wanita dan memandang aurat wanita,.

7- Sentiasa berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan pergerakkan hati di arahkan kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT.

8-Menjadikan Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan kerajaan atau majikan.

Tidak ada perkataan yang keluar daripada mulut seorang pendakwah yang Allah SWT tidak bayar dengan pahala dan Keredahaan Yang Maha Esa. Malah semuanya lebih berharga dari permata dan berlian di Sisi Allah SWT.


2 comments:

cikzsmile said...

assalamualaikum
Alhamdulillah kita sudah berada di medan dakwah
moga Allah terus membantu kita semua
InsyaAllah!

Unknown said...

waalaikumussalam^^
insyAllah!
DIA yg berhak atas setiap perkara~

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~