::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Wednesday, May 30, 2012

Muhasabah~

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم



Assalamualaikum.


alhamdulillah kerana Allah swt masih mengurniakan nikmat kesihatan kepadaku dan yang paling utama nikmat usia sehingga saat ini. Hujan agak lebat saat ketika aku menulis blog ini, suasana dunia yang sibuk dengan manusia dan pelbagai hidupan lain dalam usaha mengejar rezeki kurnia Ilahi.


Persekitaran yang nyaman dan agak kesejukan membuat hati ini merenung sejenak segala apa yang berlaku di sekelilingku. Manusia yang saban saat sibuk melayan karenah dunia tanpa mengira cuaca demi meneruskan kehidupan mereka. Aku juga termasuk dalam golongan itu tetapi suatu persoalan yang menerjah minda, "adakah aku melihat dunia ini untuk selamanya atau hanya sebagai persinggahan sementara? Adakah hari ini cukup perasaan syukurku pada Nya di atas semua nikmat yang diberi?"


Astaghfirullah....terpacul dari mulutku ini kata-kata memohon keampunan kerana aku sering alpa dengan dunia dan asyik dengan perhiasannya yang pasti hanyalah sementara.


Dari Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah saw memegang bahuku lalu bersabda : "hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)."

Dan Ibnu Umar r.a. berkata : "jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang; dan gunalah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau."

:: riwayat Al-bukhari ::

Dunia hanyalah jambatan akhirat yang harus dimanfaatkan sebaiknya agar kejayaan dapat ditempa di akhirat sana. Perjalanan dunia jika dibandingkan dengan peredaran masa adalah sangat sebentar dan tanpa kita sedari masih banyak perkara dunia yang kita masih belum lakukan. Namun ketahuilah bahawa aktiviti duniamu tidak akan pernah habis walau diberi masa seisi makhluk di dunia ini kepadamu.

Terangkan keelapan duniamu dengan cahaya akhirat yang pasti akan menerpa bila-bila masa dengan amal ibadah dan kebaikan berpaksikan cinta kepada Allah swt. Dengan itu hari-hari mu pasti akan lebih tenang dan keberkatan Allah swt. pasti akan mengiringi segala perbuatan amalmu. Insyallah.

Oleh itu, ingatlah kamu kepada Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada Ku dan janganlah kamu kufur.
[ Al-baqarah : 152 ]

Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar kamu beribadat kepada Nya.
[ Al-baqarah : 172 ]

Hiasi hidupmu dengan rasa syukur kepada Allah swt agar kasih sayang Allah swt itu sentiasa bersamamu dan akan datang bersamanya rahmat daripada Nya. Insyallah.



~wasalam~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~