::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Monday, May 21, 2012

Kerana Ukhuwah itu Indah~

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم



assalamualaikum sahabat semua...
alhamdulillah sempat jugak nak tulis entri hari ni setelah sekian lama terbiar bersawang...hehe

syukur pada Allah swt yg menjadikan aku ini suatu makhluk yang mengenal akan kebesaran Nya. diciptakan daripada tanah dan akan kembali semula ke dalam tanah bila sampai waktunya. nikmat Allah swt itu tiada terhitung oleh manusia dan persahabatan itu adalah antara nikmat yg Allah swt berikan kepada semua makhluk di dunia untuk berkongsi hidup dan mengharungi segala cabaran dunia. nikmat yang sangat besar jika di nilai kerana kasih sayang antara sahabat itu adalah sangat manis untuk ditolak dan kemanisan itu akan bertambah jika Allah swt adalah perangsang jalinan ukhuwah itu. insyallah~

dalam blog ni saya tak pernah ceritakan yang saya ada kumpulan usrah sendiri at uia. kami semua akan berkumpul seminggu sekali untuk halaqah dan selalunya di masjid uia or surau-surau mahallah (asrama). minggu ni adalah perjumpaan terakhir untuk sem ni sb mggu ni dah stat final exam. so semua akan bz untuk study, harap2 sahabat semua berjaya dengan cemerlang sem ni dan sem-sem yang akan datang..insyallah^^

"bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Nya"..perkataan yang jika direnung maksudnya akan mampu mengalirkan air mata. melihat akan jalinan ukhuwah itu sendiri sudah membuatkan saya luluh hati untuk berpisah dengan sahabat saya walau hanya sementara kerana kematian sangat hampir dengan kita. "mungkin ini kali terakhir aku akan melihat wajah-wajah mereka yang sentiasa menenangkan hati ini bila bertemu."

wajah-wajah lembut yang sentiasa senyum walau dalam kesibukan dunia dan tidak lekang daripada memberi nasihat  agar terpelihara iman ini tatkala dunia tampak lebih agresif. perasaan ini hadir kerana jalinan ukhuwah kami bermula dan bersandarkan di atas kecintaan Allah swt dan bersama kami harapkan pertemuan di syurga Allah swt. menitis air mata saat saya menulis kerana saya tahu suatu saat akan berlaku perpisahan yang mungkin tidak akan dapat dielakkan jadi perasaan ini jadi lebih menghargai kasih sayang ukhuwah dan jalinan yang telah terbina.

pagi ini aku melihat wajah-wajah mereka yang jauh disudut hati ini amat menyanjungi dan cemburu dengan peribadi mereka yang jauh lebih baik daripada diriku. "mungkinkah aku menjadi seperti mereka?" benak selalu mengajukan pertanyaan ini dan hati mengeluh kerana sedar akan kedudukan iman ini. jauh terasa perbezaan bila bersama mereka. namun sedikit pun tidak terlihat diwajah mereka suatu persaaan memandang rendah pada kelemahan ini sebaliknya kami duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

mempunyai seorang murrabbi yang amat perihatin dalam menjaga ukhuwah dan punya teman yang amat kasih pada saudaranya. bagi saya ianya sudah cukup untuk saya jika bersama mereka walau sekejap namun saat itu lebih berharga kerana pertemuan kami adalah kerana Nya.

"jika hari ini saya kehilangan 'tangan', saya yakin ukhuwah yang terjalin mampu memimpin saya ke syurga dan jika hari ini saya kehilangan 'kaki', saya yakin ukhuwah yang terjalin mampu membawa saya melangkah ke syurga."  insyallah!

kepada en ahmad Hamidi Husain, en Ahmad Naim Ahmad Akmal, en Fizal Hisney Faizul, en Mohammad Rizuwan kamaruddin, en Muhammad Hazimi Abdul Hamid, dan en Zulkhaire Zulkarnain, doakan petemuan kita yang seterusnya ok...dan terima kasih kerana sudi bersahabat dengan saya^^


fizal

kepada rakan usrah yang lain saya mendoakan agar pertemuan kita pada masa yang akan datang dan mampu terus menjalankan program-program keagamaan selagi bumi masih teguh berdiri...amin~



~wasalam~


No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~