::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Monday, May 7, 2012

Sapaan~

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم




Pada Allah itu aku memandang akan segala rahmat dan kasih sayang.

selama aku bernafas dalam jagaan belas Nya pertama kali hati ini disapa oleh sesuatu yang membuatkan diri tidak berganjak, seakan masa itu masih terhenti di antaranya. hari-hari ku berlalu seperti manusia biasa namun hakikat di dalam ini masih tidak berganjak dan masih merasakan sapaan itu walau tahun-tahun yang berlalu banyak mengusik ketenangan kalbu ini.

sapaan yang tidak pernah hilang malah saban saat bertambah dalam kesannya. kadang itu membuatkan diri ini ingin meluahkan segalanya namun mungkin bukan ini caranya dan bukan ini masanya kerana aku sendiri tidak tahu akan bila mana waktu dan masa yang sesuai untuk terluahnya ia. hanya Dia yang lebih mengetahui jadi aku memohon agar ditetapkan hati dan sehingga kini aku masih belum berhenti daripada menjaga sapaan ini.

mungkin benar kata orang tua, "soal hati itu bukan milik mu tapi milik Pencipta mu."

aku kurang mengerti dahulu namun kini lebih ku fahami, kerana mata hati telah terbuka untuk menggapai kasih Nya dahulu sebelum ciptaan Nya.

"ya Allah aku bermohon, Kau tetapkan hati ini agar terus setia kepada Mu dan kepada sapaan itu meski belum ketahui kepastiannya, aku percaya doa itu senjata ku dan Kau adalah tempat ku memohon segala..amin"

::wasalam::


No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~