::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Monday, December 24, 2012

jika Hati boleh di Nilai~

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم 

aku menilai harga hati sendiri jika ada harga yang mampu diletakkan sebagai nilaian..
hrm..adakah hati aku ini tinggi nilainya????
adakah ada yang akan melihat hati ini dalam keadaan aku yang masih terkapai mencari identiti??
berapa agaknya harga hati ini jika dinilai dari sudut iman dan taqwa???

haiz...keluhan panjang dalam hati seperti sudah pasti akan nilai hati ini jika diletakkan iman dan taqwa sebagai perbandingan..
jauh perjalanan aku namun seperti kosong hati ini..
persoalan menerjah..
mana amal ku selama ini??
ke mana pergi ilmu yang aku tuntut??
di mana usia dan masa ku dihabiskan???
seperti hati ini tidak pernah menerima apa-apa dari ilmu yang aku pelajari..
seperti hati ini tidak pernah memahami maksud amal ku yang seharian aku tunaikan..

bagaimana hendak dinilai hati yang gersang ini..
pasti malu untuk diletakkan nilai walau di dunia..

bagaimana jika di akhirat nanti wahai hati???
pasti tidak terkira malunya bukan....
Astaghfirullah hal 'azim......

keluh kesah diri ini menilai harga hati yang pasti tidak bernilai disisi Allah kelak..
mengalir air mata yang tidak bernilai untuk ditangisi keadaan hati yang hina ini..
Allahurabbi...

"seungguhnya Engkaulah tempat aku memohon keampunan...panjangkanlah umur ku agar aku mampu bertaubat kepada Mu dan tetapkanlah hati ini untuk terus setia pada Mu ya Allah.."
amin~



No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~