::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Wednesday, December 5, 2012

CiNtA~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

assalamualaikum..

terang cahaya Sang Ilahi
menyapa aku yang senang terjerumus dalam kegelapan

alhamdulillah..lama cgt dah x tulis entri dlm blog ni..huu
kadang terfikir kenapa seorang insan itu mudah untuk hilang akan rasa cinta

cinta..
perkataan yg sering manusia ungkapkan jika berbicara tentang perasaan
saat hati ini jatuh cinta tiada yang lebih indah untuk dibicarakan selain cinta itu sendiri

merenung segenap hati
yang jauh disudut sepi terdapat ruang kosong walau madah sentiasa berbicara cinta

bagaimana masih ada kekosongan
sedangkan aku sudah jatuh cinta..mengapa?

mari fikirkan kembali akan cinta yang terkumpul dalam jiwa itu
apakah cinta itu yang hak atau hanyalah batil semata

perjalanan hidup pasti akan menemukan cinta
namun pasti akan ada ranjau yang akan menjatuhkan insan bila bercinta

ranjau yang hanya didalangi oleh musuh yang nyata
cinta ini anugerah bahkan juga satu musibah bagi manusia yang mencarinya

mungkin kerana kemanisan yang dibawa saat itu
menjadi satu tanda ukur akan kebahagiaan yang selamanya atau sebaliknya

cinta itu hilang pasti
tapi cinta bagaimana yang akan kekal?

sudah pasti cinta berteraskan Ilahi
mudah diucap tapi sukar digapai realiti 
terbukti ramai yang gugur dalam medan kerana tersalah landasan

namun masih ada realiti yang berjaya
menjadi saksi bahawa setiap firman Nya adalah yang terbaik dan tiada sedikit pun cela

mustahil itu tidak akan wujud
jika benar laluan yang diambil untuk mengecapi rasa manisnya cinta itu
memang sukar mulanya namun indah jika redha Allah bersama^^

“Allah swt berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai karena Aku, saling kunjung mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku” (Hadits Qudsi)







till then wassalam~


2 comments:

AMAD said...

aku terus setia membaca

AMAD said...

aku terus setia membaca

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~