::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Saturday, July 28, 2012

Ameen~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

pagi ramadan dalam kehidupan aku cerah dan tenang
tiada rasa terbeban dengan dunia
namun aku masih tidak menunjuk rasa syukur yang mencukupi
kepada Sang Pencipta
maafkan aku..

perjalanan pagiku seperti biasa tiada duga yang menerpa
mudah dan penuh kesenangan
namun aku masih lupa bahawa ini semua kurnia daripada Nya
maafkan aku..

hari ini aku melihat suatu yang amat memilukan hati sanubari
di sana pagi mereka
penuh dengan bebanan dan suram bagai malam yang panjang
namun masih mampu
menunjukkan rasa syukur mereka pada Allah
Allahurabbi..

perjalanan hidup mereka penuh duri dan keperitan
nyawa sentiasa menjadi taruhan
setiap hari yang datang bagaikan anugerah terbesar
jika mereka masih mampu bernafas

kini aku sedar bahawa aku hanya mengambil mudah
segala yang berlaku padaku
kerana tiada apa yang perlu dipertaruhkan
segalanya cukup dan berlebihan
sehingga terlupa nikmat itu bertukar menjadi satu ujian pada iman
ya Allah...maafkan aku..

Ya Rabbi, Engkau berilah kekuatan untuk mereka bersabar
sungguh benar ujianMu ini amat berat
mengalir air mata bagi yang melihat pasti amat payah bagi yang merasainya

Ya Rabbi, Engkau limpahkanlah mereka dengan kesabaran untuk terus gagah
berdiri menegakkan agamaMu
cemburu hati melihat keteguhan mereka menjaga hakMu
walau nyawa menjadi taruhan

Ya Rabbi, Engkau pandanglah mereka dengan kasih sayang Mu
sungguh mereka menanti bantuan daripadaMu
luluh jiwa melihat meraka yang tidak berdosa disiksa tanpa belas
hanya kerana namaMu dipertahankan

Ya Rabbi, tunjukkanlah Kuasa Mu kepada mereka yang kafir
azablah mereka yang meremehkan agama dan kuasaMu
sungguh aku ini sangat berdosa
namun Engkau kabulkanlah doaku ini atas kasih dan rahmatMu
sesungguhnya Engkau Maha mengkabulkan segala doa

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)
~aamiin~







No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~