::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Wednesday, July 25, 2012

Aku dan Ramadan~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

assalamualaikum^^

alhamdulillah Ramadan Kareem...
kedatangan mu kali ini mendapat sambutan yang terbuka oleh hati ini
hari ini sudah masuk 5 Ramadan 1433
permulaan Ramadan kali ini berlaku satu keburukan dalam proses ana menjalaninya..
insyallah hari-hari seterusnya akan ana bersabar dalam menjalani Ramadan.

insyallah Ramadan kali ini ana ada cita-cita untuk dicapai..
1. menjinakkan diri dalam melakukan qiam
2. menjinakkan diri dengan al-quran ( insyallah ada rezeki bulan nk khatam 3 kali^^)
3. sekarang ni ana bertugas jadi bilal di surau kadang-kadang imam harap dapat istiqamah
4. nak buang tabiat lama dengan berpuasa dan menahan segala nafsu negatif
5. dapat buat lebih banyak solat terawih berbanding Ramadan lalu

usaha yang lebih diperlukan sebab ana bekerja sekarang. 
faktor keletihan akan menjadi sumber utama selain sakit malas dalam menggagalkan wishlist ana di atas. insyallah Allah melihat pada usaha setiap hamba-hambanya.^^

"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."
::Surah An-Nur-37::

pengharapan ini bergatung pada ketahanan mental dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang hamba Allah.
merantai segala keinginan dalam diri agar tidak mencemari barakah Ramadan
insyallah ana doakan semua sahabat ana dapat keampunan daripada Allah pada bulan barakah ini
~aameen~

"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka siapa diantara kamu yang sakit atau musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia diganti dengan hari-hari lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya."
::Al-Baqarah : 183-184::



~wasalam~














No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~