::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Monday, September 30, 2013

Coretan Sang Hamba~

melayan perasaan malam-malam buta, angin malam bertiup petanda hujan akan menemani tidur ku(sejuk).
terpanar seketika melihat sahabat yang pelbagai ragam, sindir menyindir tanda bergurau, ketawa memecah kesunyian. Masing-masing sibuk menelaah sebab esok ada kuiz (nervous).

aku masih blurr menatap lappy yg berusia hampir 3 tahun setengah namun masih gagah berkhidmat untuk tuannya yang buta teknologi ini. terfikir kapan akan berterusan hidup ini, namun takut jika ia berakhir kerna pelbagai urusan belum terselesai oleh jasad ini. bukan dunia yang dirisaukan tapi akhirat yang belum pasti kejayaannya.

murah dunia bagi mereka yang tidak memandang harta, namun bukan mudah untuk lari dari dunia mencengkam empat kerat tulang untuk terus hidup. hakikat bahawa lari bukanlah solusi yang tepat kerna lari tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya menunggu untuk kembali menghantui kehidupan. hadapi dengan kesabaran lebih baik dan pahitnya pasti akan dirasai, namun hasilnya pasti tidak mengecewakan selagi hidup bergantung bukan selain dari Nya.

pencarian yang sering terjatuh dan tersesat kadang melemahkan jiwa dan memenatkan usia, terperosok ke dalam lembah yang selalunya sukar didaki hingga terluka jari-jari dan berdarah hati. pengharapan suatu hari akan ada yang datang menghulurkan tangan, pertaruhan yang salah bagi yang mengharap bantuan bukan selain Nya hingga membawa kekecewaan yang akan menarik jiwa dan perasaan jauh terbenam ke dalam lembah yg tiada cahaya kasih sayang. tangan yang dipinta akan datang jika benar pengharapan yang diletakkan.

teguhkan hati kerana dunia sudah tua untuk menahan karenah manusia, dunia itu makhluk yang hebat namun sering dipergunakan oleh manusia yang bertuhankan nafsu. pengakhiran pasti akan menutup tirai setiap cerita yang ada, hanya waktu yang menentukan semuanya.


~wassalam~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~