::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Wednesday, October 23, 2013

Esok sebuah harapan~


Assalamualaikum....

cerah lampu sedikit menyilaukan mata, tangan meraba papan lappy harapan sesuatu yang menarik tepapar di muka buku untuk dibaca dan meneroka segenap group yang ada dengan harapan ada yang menarik minat...pelbagai  kisah derita gembira insan pelbagai usia berkisar tentang kehidupan dan harapan..hrmm, terdetik hati untuk menulis blog yang sudah lama bersawang..

bismillah...

Hari-hari terfikir akan masa hadapan yang belum pasti bagaimana. Rahsia Allah yang memastikan hambanya terus mengharapkan perhatian dan kasih Nya agar diberi kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Hari esok merupakan harapan bagi mereka yang mengejar impian dan motivasi bagi mereka yang melihat ke hadapan. Ironi bagi mereka yang mula putus asa dengan kehidupan dengan hanya mentafsir hari esok itu sebagai neraka dunia yang tiada penghujungnya. Benar bahawa hari-hari itu tidak selalunya cerah dan pasti hujan akan berlarutan hingga ke malam. Indahnya kitaran hidup di mana pasti akan muncul pelangi dan cahaya yang menyinar di sebalik awan selepas perginya hujan.

Dia tidak menguji hamba-hamba Nya melainkan demi kasih dan rahmat. berpegang pada tali Allah dan jangan bersedih kerana Si Penghapus dosa sedang membantu mu untuk ke tempat yang lebih baik dari dunia yakni syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang jernih dan bidadari yang bersinar matanya. mohonlah akan kekuatan hati dan kudrat kerana ujian itu mustahil bagi sang hamba tanpa bantuan Nya. darjat pasti diangkat bagi yang berjaya dan sebaliknya.

Doa itu senjata dan solat itu adalah perisai bagi orang yang yakin dan percaya dengan kesabaran.


~wassalam~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~