::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Wednesday, February 26, 2014

Sedang Aku...

...Jatuh Cinta

 السلام عليكم


sering aku melihat hati sang Adam terpaut pada yg fitrah bagi kejadian mereka.
kadang berlaku tidak pada waktunya dan sering mengundang duka nestapa.
mungkin kerna hati mudah menerima sedang iman terlupa akan kewujudan Sang pencinta sebenar.

lumrah rahsia Dia yang menentukan ajal dan pertemuan bagi segenap makhluk ciptaan Nya.
lumrah yang dicipta untuk mencari pada pandangan yang berbeza setiap mata yang tersapa.
pandangan yang terbentuk asas pada jalan yang diredhai atau sekadar dunia yang seketika.
sedang ia memberikan nikmat bahagia pada pemilihnya namun berbeza ketika...
nikmat dunia semata atau syurga bersama hingga selamanya.

tampak sama saat buta mencari namun berbeda pada hakikatnya.
cinta itu umpama cahaya, umpama madu, umpama permata, umpama wangian.
cinta juga umpama duri, umpama kaca, umpama racun, umpama bayang.
sentiasa menyinar namun tidak mampu digapai oleh tangan...
sentiasa menyakitkan bagi yang menyentuh...

mahukan yang indah dibuang angan buruk tanpa ragu.
buruk itu mungkin baik bagi mu dan indah itu mungkin sebaliknya.
pandanglah dengan mata hati dan bukan nafsu semata.
pasti cinta itu lebih realiti bagi yang mengerti.
In Shaa Allah.

Nukilan Sang Labu.


~wassalam~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~