::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Tuesday, May 20, 2014

Lelah..

bismillah

lame dah x mengeluh..mungkin sb x diajar untuk mengeluh bila ditimpa ujiann
terasa seakan tidak cukup semangat utk melalui perjalanan kehidupan..aku xingin meminta insan lain menanggung kesusahan bersama namun manusia mana yang boleh berseorangan tanpa bantuan..

terasa cukup aku menyusahkan orang yang aku kasih yang melahirkan ku dan menjaga ku sejak berusia sehari sehingga sekarang..andai aku berhenti ..pasti kecewa..namun susah mereka pedih hati melihat..rela berlapar dan senyapkan saja agar tiada tampak kesusahan di raut mereka..

Allahurabbi..pintu Mu luas terbuka dengan kasih dan sayang, pandang lah ibu dan ayahku dengan pandangan kasih sayang dan rahmat.

kasihi mereka sebagai mana mereka mengasihi ku sejak kecil hingga kini bahkan lebih pada itu..maaf ya Allah permintaan ku tidak setimpal dengan amal yang ku persembahkan pada Mu..namun kasih Mu melebihi akan amarah Mu..

aku tahu ujian Mu tiada pernah melebihi kemampuan ku..mungkin ini balasan pada aku yang sering alpa pada sang Pencipta segala..nikmat tidak ku syukuri, ujian aku runguti...lemah aku sebagai insan kecil yang tiada sumbangan pada agama..malu aku untuk menghadap Mu walau dalam sujud ku..sungguh aku malu..


hati ini lemah kerana bergantung akan cinta yang lain untuk terus bernyawa..
sungguh aku amat rindu akan cinta Mu yang ku letakkan dalam ruang hati ini.. 
 maaf....

 ~wasalam~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~