::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Monday, July 7, 2014

Seuntai kata dari Hati...

bismillah...
lama menung tgk screen lappy, jari still x bergerak macam buntu x tahu nak tulis ape..
tapi dlm benak ni macam banyak je nak cerita..

maaf..

terfikir kadang-kadang kebaikan seseorang itu bukan untuk kita..
x layak diterima oleh manusia macam aku ni..
tapi bila kite dapat layanan camtu terase sangat dihargai..

berubah...
mudah jika hanya dilafaz dengan lidah namun sukar walau hanya selangkah..
letakkan sesuatu matlamat dalam diri untuk dicapai agar mampu berubah..
bagaimana jika matlamat itu hilang??
mampukah aku terus berubah........
termenung.....

pernah perkara yang sama berlaku pada sahabat aku..
die jadi lemah & sedih bile matlamat yang dituju sudah xde lagi..
katenye "sebab die la aku berubah..p tetiba die lari camtu jee..aku xtau nk watpe dah.."

tetapkan hati pada Allah..jauhkan rasa curiga dengan Allah...
tabah itu sukar tapi x mustahil untuk digapai..
aku letakkan pengharapan ini pada Allah kerna yang terbaik itu adalah dari Nya..

doa seharian agar dimakbulkan..
niat tidak berubah agar kasih sentiasa mekar..
aku yakin namun Allah itu yg memegang segala keputusan..
jd aku berserah disamping usaha..

bukakan pintu rezeki untuk ku wahai Pemberi Rezeki..
permudahkan urusan ku wahai Sang Perancang..
dengan kebenaran Mu aku bernafas, aku berjalan, aku berkasih...

jika murka yang aku persembahkan..ampunkan aku wahai Sang Penyayang..
kerana aku tidak sempurna lagi hina dipandangan org yg sempurna lagi mulia..
berikan aku, tunjukan aku, bimbinglah aku..cinta itu satu hanya pada Mu..

dengan izin Mu aku bertemu..
aku mohon dengan izin Mu juga aku bertaut...
hingga akhir..syurga yg tertinggi bersama nya..
amin..

coretan Sang Labu

~wasalam~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~