::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Saturday, September 6, 2014

Berharap~

semester baru nak mula dah minggu depan p aku sibuk ngan mende lain
yang aku rase lebih penting buat mase sekarang
yup lebih penting!

mungkin study tu jaminan masa hadapan n aku janji yg terbaik akan aku persembahkan
tapi jaminan masa depan itu x tertakluk pada satu perkara sahaja kerana cabang kepada setiap ujian dan cabaran lebih memerlukan setiap manusia itu untuk sentiasa merancang agar mampu bangkit selepas kejatuhan.

rezeki itu luas, rahmat itu di mana mana, berkat itu ada bagi yang mencari
doa usaha tawakal, sekira ada kekurangan mohonlah keampunan agar dipermudahkan.
Dia tidak kejam malah penyayang

aku punya impian dan matlamat dan kini aku punya impian baru yang lebih aku inginkan berbanding kebanyakan impian yang aku pasang dalam angan sepanjang aku hidup. 
bukti itu lebih meyakinkan berbanding hanya dengan idea yg pasti tidak tercapai jika tiada tindakan.
perlaksanaan tidak akan berjaya jika tiada langkah yg berani mengambil risiko merealisasikannya.

aku perlu berenang kemudian baru mampu utk berakit
sekurang kurangnya jika rakit aku karam aku masih mampu untuk berenang dan bertahan
mengenal kesusahan mendidik hati manusia utk mengenal hati manusia yang lain serta dunia yang mungkin kejam bg sesetengah golongan.
kesenangan itu subjektif bg aku kerana ia melambangkan suatu kegembiraan pada hati dan ianya bukan tertakluk pada keduniaan semata namun juga sebaliknya.

berkias dalam berbicara kerana yang tersirat tidak mampu diluahkan
namun objektif itu sentiasa mengharapkan keredhaan ibu bapa dan agar kesenangan itu juga memberikan kebahagiaan kpd mereka.

bermohon dan taat kepada Tuhan yang satu bukan kerna ada tujuan dan kepentingan diri di dunia namun lumrah ciptaan yg inginkan sesuatu. meminta itu lebih baik kepada Nya daripada menempah murka jika berpaling tadah daripada Nya.

bismillah aku bemula dan semoga kebaikan aku terima In Shaa Allah.

~wasalam~

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~