::سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم ::

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah dia memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah, 2:186)

Thursday, February 12, 2015

kisah aku

hari ini aku melihat langit tidak seperti dulu,
hari ini aku melihat awan tidak seperti dulu,
hari ini aku melihat dunia tidak seperti dulu,

mengalir segenap ruang perasaan yang berbeza,
terbuka setelah bersawang pintu hati yang selama ini aku tutup rapat,
membawa masuk cahaya yang hangat memenuhi setiap ruang,

hari ini aku melihat bulan tidak seperti dulu,
hari ini aku melihat bintang tidak seperti dulu,
hari ini aku melihat dunia tidak seperti dulu,

siapa aku untuk merasa kehangatan yang bukan milikku,
persinggahan yang aku sangka akan kekal,
menjadi pokok bertangkaikan memori,

hari ini aku melihat aku tidak seperti dulu,
hari ini aku melihat kehidupan tidak seperti dulu,
hari ini aku melihat dunia tidak seperti dulu,

hari ini...
kisah aku masih tercoret cuma pada perenggan yang baru.

No comments:

aku menulis kerana ia kisah hidupku..
aku menulis kerana kenangan hidupku..
aku menulis kerana Islam agamaku..
aku menulis kerana kasihku pada saudaraku..

mohon maaf jika ada salah dan silap kerana manusia itu tidak lekang dari melakukan kekhilafan~